Ahad, 6 Jun 2010

Teknik belajar berkesan-kemahiran mengingat

Kita boleh meningkatkan daya ingatan dengan mengetahui prinsip asas otak manusia dan bagaimana manusia ingat dan lupa. Pengetahuan ini telah dikaji dengan meluas dan boleh didapati dari pelbagai sumber rujukan.  Benarkah ada pelajar yang  amat cerdas dan oleh itu daya ingatannya amat tinggi?  Adakah pelajar yang lemah pula mempunyai daya ingatan yang juga lemah secara tabii?.
Cuba anda lihat contoh pelajar yang lemah pencapaian dalam peperiksaan. Terutama sekali pelajar yang minatnya kepada sesuatu itu amat tinggi, umpamanya minat kepada bola sepak. Perhatikan dia akan ingat semua pemain  pasukan yang disokongnya dan juga pemain pasukan lain yang hebat-hebat. Kalau di Malaysia mereka ingat pemain kebangsaan dan juga pemain liga Inggeris, pasukan kebangsaan Inggeris, Brazil dan seterusnya. Kalau mereka boleh ingat semuanya ini kenapa mereka tidak boleh ingat pelajaran mereka!
Bukankah jelas minat itu merangsangkan ingatan? Jangan tinggal isu ulangan, kerana oleh sebab melihat pemain bolasepak berkali-kali menyebabkan otak peminat bola sepak ingat secara tabii. Kata kunci di sini adalah minat dan ulangan.
Rima, pantun, prosa, ayat, pola (pattern) gambar dan pelbagai bunyi telah dijadikan pembantu kepada ingatan. Cara begini dipanggil mnemonik, iatu kunci yang mengaitkan sesuatu benda untuk ingatan. Misalnya ayat Richard of Green goes battling in vain. Huruf mula setiap itu adalah ROYGBIV iatu red, orange, yellow, green, blue, indigo and violet, iaitu warna pelangi. Kata ROYGBIV kalau dibunyikan, menjadi satu bunyi yang boleh diingat dan oleh itu boleh juga menjadi kata kunci, iaitu menemonik. Mnemonik jenis ini dikenali sebagai akronim. Di Malaysia salah satu contoh akronim ialah MARA, Majlis Amanah Rakyat.
Lagi lucu, lagi menyeronokkan, lagi menggembirakan atau lagi menakutkan, lagi bertambahlah kuat ingatan kepada mnemonik. Dengan itu ingatan kepada benda yang berkaitan bertambah kukuh.
Ada buku dan ada penceramah yang memberi kursus khas bagi menguatkan ingatan dengan cara menemonik kreatif. Mnemonik kreatif dicipta oleh seseorang untuk dikaitkan dengan benda yang hendak diingat. Contohnya apabila hendak mengingat nombor Π. Dalam laman suka-suka ditulis salah satu mnemonik panjang-kata ialah 
How I like a drink, chocolate of course,
after the heavy lectures involving quantum mechanics.
Kalau dikira panjang setiap kata di atas anda akan dapat angka 314159265358979 iatu nombor pi tepat hingga 15 titik perpuluhan. Menmonik kreatif pula, gambarkan anda tersenyum sambil minum segelas cokolat sejuk (atau milo, ovaltine dan seumpamanya) selepas kuliah yang memeningkan kepala! Ya, manusia lebih mudah mengingati gambar.
Adakah mnemonik suatu yang mapan (sustainable) dalam pembelajaran? Masalah mnemonik ialah apabila kita lupa kepada kata kunci. Lupa kata kunci hilanglah ingatan.
Beberapa prinsip asas ingatan dan kelupaan telah dikaji oleh Ebbinghause lebih seratus tahun dahulu. Kajian tersebut melibatkan ingatan dengan fahaman dan  juga melibatkan rima, pantun dan sebagainya.
Secara ringkas manusia boleh meningat melalui ulangan berbanyak kali, mnemonik dan melalui fahaman. Oh panjang sangat yang perlu ditulis kalau hendak bercerita mengenai ingatan, terutamanya dalam laman web. Untuk penerangan lanjut baca buku yang berkenaan.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan